Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 16, 2010

Chelsea masih di hati saya - Mourinho

LONDON - Jose Mourinho akhirnya kembali ke Stamford Bridge, esok dalam percaturan paling getir iaitu membenam kelab yang hakikatnya masih terlalu istimewa dalam lubuk hatinya. ''Saya ke sana (Stamford Bridge) dengan hati yang terbuka untuk kedua- duanya. Itulah yang dilakukan oleh seorang profesional.

''Saya tidak boleh berselindung bahawa Chelsea adalah sebahagian perkara penting dalam hidup saya,'' kata Mourinho yang akan mempertahankan keputusan awal 2-1 menentang Chelsea, esok.

Pertemuan kedua Chelsea menentang Inter, esok adalah saat paling ditunggu-tunggu di samping satu lagi perlawanan menemukan Barcelona dengan Stuttgart yang kini terikat 1-1.

Catalan bagaimanapun turun dengan semangat baru selepas membenam Valencia 3-0, kelmarin yang mana Lionel Messi mencatat hatrik.

Hari ini, Sevilla akan berdepan CSKA Moscow selepas terikat 1-1 manakala wakil Perancis, Bordeaux menjadi pasukan pilihan ke suku akhir selepas menang 1-0 ke atas Olympiakos dalam aksi pertama.

Apa sekali pun, tumpuan diramal terarah kepada Mourinho yang akan mengambil tempat di kawasan pasukan pelawat, hanya beberapa meter daripada tempatnya sewaktu bersama Chelsea.

''Yang menariknya, saya tidak perlu berjalan jauh. Dari bilik persalinan ke padang hanya lima meter. Saya tidak perlu menyeberangi stadium. Saya tidak akan mendengar gegak gempita stadium. Saya hanya perlu mengambil tempat dan menjalankan tugas saya,'' kata Mourinho.

Malah, Mourinho yakin dia akan menerima sambutan yang hebat selepas membantu Chelsea menjulang gelaran Liga Perdana England dan dua Piala Liga serta satu Piala FA satu ket

--- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...