Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 2, 2010

Benitez kritik aksi keras Blackburn

LIVERPOOL – Rafael Benitez menghangatkan lagi perang mulut dengan Sam Allardyce, setelah dia mengkritik pengurus Blackburn itu yang mempamerkan corak permainan keras, kelmarin.

Selepas Liverpool mengetepikan Rovers di Anfield 2-1, kelmarin, pengurus berbangsa Sepanyol itu dalam nada sinis berkata, Barcelona mencontohi jejak Allardyce dalam mencipta kejayaan.

Sebelum perlawanan, Allardyce terlebih dahulu melemparkan kritikan pedas terhadap Benitez, dengan mendakwa Liverpool bakal mengikut jejak Bolton.

Kedua-dua jurulatih itu mula bersengketa sejak Ogos 2004 lagi, ketika Liverpool tewas 0-1 kepada Bolton iaitu kekalahan pertama Reds kepada kelab itu sejak di bawah pengendalian Benitez.

Pada perlawanan kelmarin, Benitez mengkritik taktik permainan keras Bolton, dan kedua-dua pengurus itu juga pernah terlibat dalam pertengkaran kecil musim lalu.

Allardyce, yang pada ketika itu telah pun menjadi pengendali Blackburn, marah terhadap isyarat tangan Benitez, yang seolah-olah membawa maksud perlawanan sudah tamat, ketika Liverpool mendahului 2-0 pada perlawanan di Anfield.

Bagaimanapun, Benitez kemudiannya menjelaskan mengenai isu tersebut, dengan mendakwa dia sekadar bergurau kepada para pemain yang tidak mengendahkan arahannya apabila terus menjaringkan gol.

Sebelum perlawanan kelmarin, Allardyce, yang masih tidak berpuas hati terhadap Benitez, telah memperkecilkan Liverpool yang dikatakan terpaksa berhempas pula untuk menang.

Namun, Benitez berpeluang membalas semula kenyataan Allardyce, selepas Fernando Torres meledakkan gol pertama dalam aksi Liga Perdana 2010, sekali gus menghidupkan peluang Reds merebut kedudukan tangga keempat liga, bagi membolehkan mereka layak ke Liga Juara Juara musim depan.

‘‘Saya fikir dia merupakan contoh kepada semua pengurus di seluruh dunia. Saya pasti dia merupakan contoh.

‘‘Cara dia bermain bola sepak, sikapnya dan segala-galanya. Dia adalah contoh terbaik untuk kanak-kanak.

‘‘Cara mereka bermain bola sepak, saya fikir Barcelona sedang menimbangkan untuk meniru gaya mereka,’’ kata Benitez.

Blackburn mencipta lebih banyak peluang berbanding Liverpool, tetapi cara permainan yang kasar menyebabkan Benitez tidak langsung mengkagumi mereka.

Lima pemain Rovers dilayang kad kuning, manakala Steven Nzonzi amat bernasib baik kerana tidak diarah keluar padang selepas mengkasari Lucas.

Benitez berkata, pemain antarabangsa Perancis bawah 21 tahun itu sepatutnya diarah keluar padang.

‘‘Insiden yang melibatkan Nzonzi cukup jelas. Dia telah menyentuh muka Lucas. Undang-undang tetap undang-undang.

‘‘Kami lebih gemar untuk menumpukan kepada permainan kami. Itu semua tidak penting (Blackburn mencipta lebih peluang). Apa yang penting ialah kami menang.

‘‘Jika mereka berpuas hati dengan cara pengendalian pengurus mereka, itu keputusan mereka. Kami lebih selesa untuk terus cuba dan menang dengan cara permainan yang baik. Tetapi kadang kala anda tidak mampu berbuat demikian.

‘‘Kami boleh mencatat kemenangan di padang dan menikmati keseronokannya.

‘‘Sesetengah orang perlu bercakap sebelum dan selepas permainan kerana ia amat sukar untuk melakukan tugas tersebut,’’ tambah Benitez.

Allardyce mempertahankan tindakannya itu dan menegaskan dia berhak mengkritik Benitez dan Liverpool.

‘‘Saya berhak untuk menjawab kembali apabila saya dikritik oleh Rafa Benitez. Jika anda tidak memahami apa yang berlaku sejak beberapa tahun lalu, itu bermakna anda telah diperdaya,’’ kata Allardyce. – AFP

--- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...