Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 10, 2010

Becks lawan Rooney di Old Trafford (Berita Harian)

http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/45198000/jpg/_45198324_ferg50_07.jpg
IMBAS kembali perbincangan Beckham dengan Ferguson ketika bekas kapten England itu masih bersama United pada Mei 1999.

MILAN: Pemain tengah AC Milan, David Beckham kembali ke Old Trafford, hari ini - kali pertama sejak tujuh tahun - dan menjangka akan berdepan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Rooney - penyerang yang berada pada puncak prestasi buat England dan menjaringkan dua gol ketika menewaskan lawan 3-2 dalam timbal balik pertama untuk United kini diragui bagi pertemuan peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah berikutan masalah kecederaan lutut.

"Saya pasti Rooney akan bermain. Saya rasa dia mengalami masalah sejak beberapa hari kebelakangan ini, tetapi dia mempunyai masa hujung minggu sepenuhnya untuk pulih," kata bekas pemain United, Beckham kepada stesen tv Milan, kelmarin.

"Dia adalah pemain yang bagus dan sudah pasti mahu menyertai perlawanan itu. Alex Ferguson pastinya akan menggunakan formasi terbaik."

Bekas kapten England, Beckham, 34, menang Liga Juara-Juara 1999 ketika bersama United sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2003.

"Alex Ferguson memberikan banyak nasihat kepada pemain dan dia adalah antara jurulatih bola sepak terbaik. Dia melindungi pemainnya dan menjelaskan kepada saya jika saya melakukan kesilapan," kata Beckham.

Beckham yang beraksi dalam perlawanan pertama, tidak pasti diturunkan hari ini kerana Alexandre Pato, Clarence Seedorf dan Gennaro Gattuso kesemuanya cergas untuk diturunkan. � Reuters

--- BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...