Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 9, 2010

Beckham kempunan (Berita Harian)


BECKHAM (kiri) terpaksa memberi laluan kepada Huntelaar dalam aksi menentang United esok.

LONDON: David Beckham kembali ke Old Trafford sebagai pemain AC Milan dalam kancah Liga Juara-Juara esok, namun dia mungkin terpaksa mengisi bangku simpanan ketika kelab Itali itu cuba bangkit selepas tewas kepada Manchester United 3-2 dalam perlawanan pertama.

Bekas kapten England yang kini dipinjamkan kepada Milan oleh Los Angeles Galaxy, dijangka diberi sambutan hangat oleh peminat United yang menghargai sumbangannya lebih 10 tahun bersama kelab gergasi itu sebelum ke Real Madrid pada 2003.

Jurulatih Milan, Leonardo membayangkan, Beckham terpaksa menunggu kerana Klaas-Jan Huntelaar mungkin diturunkan dalam kesebelasan utama di bahagian sayap kanan.

Bukan mudah menyesuaikan diri di posisi baru, kata Leonardo selepas Milan terikat 0-0 dengan AS Roma, Sabtu lalu. Huntelaar begitu cemerlang di posisinya dan dia mempamerkan aksi yang hebat.

Kami yakin (untuk menang) dan saya mempunyai keyakinan penuh terhadap pasukan saya. Apa yang pasti di Manchester nanti, kami perlu bermain dengan gaya yang kami sudah arif serta tidak terburu-buru, katanya.

United pula mungkin terlepas peluang menurunkan penyerang yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertama di Milan, Wayne Rooney.

Rooney yang cedera di lutut, diketepikan sewaktu United menewaskan Wolves 1-0 Sabtu lalu, kemenangan yang melonjakkan United ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Malangnya, Rooney masih belum pasti dapat diturunkan, kata pengurus Alex Ferguson. Umpama jatuh ditimpa tangga. Padang Wembley seakan membunuhnya (saingan persahabatan England dan Mesir) Rabu lalu. - AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...