Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 2, 2010

Barcelona nyaris terlepas takhta La Liga (Utusan Malaysia)

MADRID - Barcelona berkelebihan dua mata di tangga teratas La Liga apabila penyudah menarik Lionel Messi memberikan gol untuk pasukan itu menang 2-1 di atas Malaga, kelmarin.

Skuad Pep Guardiola, semakin tertekan selepas penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain menjaringkan dua gol untuk menang 5-1 di Tenerife, sebelum itu.

Real mencatat kemenangan keempat berturut-turut, yang membantu mereka naik ke tangga teratas liga dengan 59 mata daripada 24 perlawanan, sebelum Barca kembali mengambil alih teraju liga setelah membenam Malaga.

Sebelum itu, Real Madrid mengumpul 11 gol dalam dua perlawanan terakhir, apabila membelasah Tenerife 5-1 untuk hanya dua mata di belakang pendahulu La Liga Barcelona.

Pemain Argentina, Higuain menambah kepada 16 gol setakat ini, apabila menjaringkan gol di babak pertama sebelum pemain Brazil Kaka, Cristiano Ronaldo dan pemain gantian, Raul menjaringkan gol.

Kemenangan 5-1 kelmarin dicatat selepas mereka membelasah Villarreal Real 6-2 minggu lalu.

Skuad Barca bermula baik pada perlawanan di Nou Camp apabila penyerang Argentina, Messi dan penyerang Sweden, penyerang Zlatan Ibrahimovic memperoleh peluang awal.

Ibrahimovic melepaskan sepakan jarak jauh yang tersasar pada minit ke-24 dan Messi merembat melepasi palang lima minit kemudian.

Pasukan pelawat kental bertahan, dengan Weligton menafikan beberapa percubaan merbahaya, dan berjaya mengeluarkan bola di atas garisan gol hasil tandukkan Ibrahimovic. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...