Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 14, 2010

aya, Ferdinand nadi United: Vidic (Berita Harian)

2010/03/14

MANCHESTER: Pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic percaya ada yang lebih hebat menerusi gandingannya dengan Rio Ferdinand ketika pasangan itu membuat persiapan untuk menghadapi episod pemburuan mahkota Liga Perdana Inggeris yang semakin ke penghujung.

Musim Ferdinand terjejas dengan masalah kecederaan belakang dan kelibat Vidic juga dibelenggu dengan masalah kecederaan pergelangan kaki.

Tetapi pertahanan tengah itu sudah bersedia untuk digandingkan buat kali ketiga tahun ini apabila Fulham berkunjung ke Old Trafford malam ini. Mereka kembali mengukuhkan pintu gawang yang dikawal penjaga gol Edwin van der Sar, yang turut bergelut dengan masalah kecergasan musim ini tetapi mengekalkan rekod bersih ketika menang 1-0 ke atas Wolves dan 4-0 ketika membenam AC Milan.

Pemain antarabangsa Serbia itu berpendapat, dia mungkin mengambil sedikit masa untuk membentuk tembok kebal bersama Ferdinand walaupun mempamerkan aksi baik ketika digandingkan semula selepas sekian lama.

“Masing-masing mengalami kecederaan agak lama dan saya rasa kami memerlukan beberapa perlawanan lagi sebelum mencapai keserasian mutlak,” kata Vidic.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson juga berpendapat kemunculan semula pilihan utama di benteng pertahanan itu akan menjadi kunci dalam pemburuan mahkota United selepas ini.
Dalam persiapan menghadapi skuad bimbingan Roy Hodgson, yang hanya pernah menang sekali di gelanggang United sepanjang tempoh 47 tahun, rekod baik di tempat sendiri sudah cukup untuk meyakinkan. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...