Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 10, 2010

United garang di sebalik krisis kecederaan (Utusan Malaysia)

BIRMINGHAM – Edwin van der Sar, percaya Manchester United telah melakukan yang terbaik untuk terus menghambat Chelsea di tangga teratas Liga Perdana, walaupun masalah kecederaan menghantui pasukan di Old Trafford musim ini.

United akan berdepan Aston Villa esok, ketika mereka kurang dua mata berbanding skuad bimbingan Carlo Ancelotti, yang akan menentang Everton pada hari yang sama.

Pilihan Sir Alex Ferguson di bahagian pertahanan sangat terhad musim ini, selepas penjaga gol Belanda, van der Sar dan pemain pertahanan, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, John O’Shea, Rafael dan Gary Neville, mengalami kecederaan.

Ferdinand masih lagi menjalani penggantungan dan O’Shea dilihat tidak dapat mengharungi baki perlawanan, akibat kecederaan paha.

Walaupun Vidic tidak dapat beraksi akibat kecederaan betis, United sudah kembali mendapat pilihan pemain di barisan pertahanan.

Kebangkitan tersebut dibantu dengan kehadiran semula van der Sar, yang tidak beraksi sebulan kerana kecederaan jari dan lutut, termasuk tahap kesihatan isterinya yang teruk akibat pendarahan otak, Disember lalu.

Pemain berusia 39 tahun itu menjadi tonggak utama United dan pasukan Ferguson akan ke Villa Park, dengan sasaran memburu kemenangan kelima berturut-turut Liga Perdana..

Van der Sar, yang kontraknya akan berakhir hujung musim ini berkata, mereka berada di kedudukan tepat untuk mengejar Chelsea, dengan perbezaan hanya beberapa mata.

Ia menjadikan saingan tiga bulan terakhir liga, lebih menarik.

“Kami akan beraksi sebaik mungkin. Banyak perlawanan yang penting dalam tempoh yang singkat termasuk saingan Liga Juara-Juara.

“Kami bernasib baik kerana beberapa pemain yang cedera sudah kembali. Kami masih lagi kehilangan tiga atau empat pemain tetapi ia lebih baik dari ketiadaan 11 atau 12 pemain awal musim ini sehingga berakhir sambutan Hari Nata,” katanya. – AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...