Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 25, 2010

Tiada masalah ganding Bridge - Terry (Utusan Malaysia)

SUN CITY, Afrika Selatan. - Wayne Bridge tidak menghadapi sebarang masalah untuk bersama John Terry dalam skuad England menjelang pertemuan persahabatan dengan juara Afrika, Mesir, menurut jurulatih, Fabio Capello.

Pertahanan Chelsea, Terry telah dilucutkan tugas ketua pasukan pada awal bulan ini, berikutan pendedahan media mengenai hubungan sulitnya dengan bekas kekasih Wayne Bridge.

Capello yang ditanya oleh pemberita mengenai pendirian Bridge untuk bersama skuad England menegaskan, pemain bek kiri Manchester City, tiada masalah untuk kekal.

''Dia akan bersama kita pada Rabu depan. Dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk bersama kami,'' kata Capello.

Bridge diramal akan diturunkan dalam kesebelasan utama berikutan kecederaan Ashley Cole, yang dijangkakan akan terlepas aksi sehingga penghujung musim ini, berikutan keretakan buku lali.

Capello berkata dia mungkin akan berbincang dengan semua pemain mengenai keputusannya melucutkan tugas ketua pasukan Terry.

''Piala Dunia adalah pertandingan paling penting kepada saya, England dan pemain.

''Kami perlu kekal bersama dan menjadi hebat pada setiap masa. Saya berasakan ini tugasan paling penting, mencetuskan semangat di kalangan pemain.

''Selepas tidak berjumpa setelah empat bulan, saya akan berjumpa semula dengan pemain pada minggu depan, dan perlawanan persahabatan ini adalah penting atas banyak sebab.

''Kami akan bercakap banyak perkara kerana sudah lama tidak berjumpa. Sekiranya kamu boleh berjumpa dengan setiap pemain, ia mungkin perkara yang berbeza,'' kata Capello.

Capello, yang dikenali mempunyai reputasi tegas mengenai soal disiplin, memberi amaran terhadap kontroversi yang akan melanda di kalangan pemain. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...