Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 1, 2010

Terry masih hilang fokus (Kosmo)


TERRY (kanan) agak hilang fokus terhadap permainannya tetapi masih diberi kepercayaan oleh

pengurus Chelsea, Ancelotti.


LONDON - Carlo Ancelotti masih menaruh keyakinan terhadap John Terry meskipun kapten Chelsea itu gagal mempamerkan aksi cemerlangnya.

Terry sekali lagi beraksi di bawah prestasi sebenar ketika Chelsea tewas 2-4 kepada Manchester City malam kelmarin pada aksi yang mempertemukannya dengan bekas rakan sepasukan, Wayne Bridge.

Kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka sejak isu skandal Terry dengan bekas teman wanita Bridge, Vanessa Perroncel didedahkan.

Carlos Tevez dan Craig Bellamy masing-masing meledak dua gol buat City tatkala hari malang Chelsea bertambah apabila dua pemain mereka, Juliano Belletti dan Michael Ballack dilayangkan kad merah.

Namun Ancelotti menganggap tiada sebab untuk dia berasa panik memandangkan pasukan bimbingannya itu masih menerajui Liga Perdana England dengan kelebihan satu mata.

"Kami melakukan kesilapan dan kebiasaannya dalam bola sepak apabila kita buat kesilapan, kita akan tewas perlawanan itu.

"Jadi kami kini perlu pandang ke hadapan dan terus mempertahankan tahap keyakinan kami. Memang ini hari tidak baik buat kami tetapi kami perlu yakin dengan kualiti yang kami miliki," kata Ancelotti.

Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini bangga dengan persembahan Bridge sambil berharap pemain pertahanannya itu menarik semula keputusannya untuk bersara daripada aksi antarabangsa.

"Saya sedar situasinya ketika ini. Tapi setiap pemain pasti mahu beraksi untuk negaranya. Ini pilihannya dan saya tak tahu kenapa dia masih belum mahu mengubah fikiran," kata Mancini.

Mancini juga turut berpuas hati dengan persembahan Tevez biarpun pemain itu tidak sampai 24 jam tiba dari Argentina bagi menyambut kelahiran anaknya.

"Mungkin saya akan hantar Tevez semula ke Argentina untuk lagi dua minggu dan kemudian menurunkannya ketika hari dia kembali semula ke sini," katanya sambil berseloroh. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...