Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 10, 2010

Terry hargai sokongan peminat (Berita Harian)


TERRY secara peribadi ingin berterima kasih kepada semua peminat yang terus memberikan sokongan.

Tetap setia walaupun selepas skandal seks terbongkar

LONDON: Pemain Chelsea, John Terry berterima kasih di atas sokongan diberi peminat selepas kisah peribadinya dalam skandal seks menyaksikan dia dilucutkan daripada tugasan ketua pasukan skuad England, baru-baru ini.

“Secara peribadi, saya ingin berterima kasih kepada semua peminat yang terus memberikan sokongan,” kata Terry yang ditemui pemberita selepas Chelsea menewaskan Arsenal 2-0, baru-baru ini.

“Saya sendiri tidak menjangkakan kemenangan ini, tapi menerusi sokongan peminat, saya terus bangkit untuk memberikan persembahan terbaik untuk pasukan.”

Terdahulu, pengurus England, Fabio Capello membuat keputusan menggugurkan status itu selepas kisah peribadinya dengan Vanessa Perroncel terbongkar. Wanita itu juga bekas kekasih pemain Manchester City, Wayne Bridge.

Terry, 29, bagaimanapun kekal sebagai kapten Chelsea apabila mendapat sokongan penuh pengurus pasukan, Carlo Ancelotti dan publisiti meluas mengenai kehidupannya tidak memberi kesan kepada prestasinya di atas padang.

Dua gol yang berpunca dari Terry berjaya disempurnakan Didier Drogba - sekali gus memberi kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Arsenal untuk berada di kedudukan pertama Liga Perdana Inggeris ketika ini. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...