Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 16, 2010

Terlepas beraksi di Milan (Sinar Harian)

Pemain pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic sekali lagi terlepas peluang beraksi untuk pasukannya yang berhasrat melangkah ke final Liga Juara-juara Eropah (CL) buat kali ketiga berturut-turut.

Pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson itu berangkat ke Itali tanpa pemain tengah, Anderson untuk bertemu Milan hari ini.

Vidic yang masih belum beraksi pada tahun 2010 selepas mengalami masalah saraf di bahagian kaki terpaksa terus direhatkan dan memaksa Ferguson untuk memilih sama ada menurunkan Jonny Evans atau Wes Brown untuk bergandingan dengan Rio Ferdinand di bahagian pertahanan tengah.

Anderson tidak beraksi untuk United sejak tewas pusingan pertama separuh akhir Piala Carling kepada Manchester City pada 19 Januari lalu.

Bintang veteran The Red Devils, Ryan Giggs juga tidak akan beraksi pada perlawanan itu ekoran kecederaan patah tulang tangan yang dialaminya ketika bertemu Aston Villa, minggu lalu.

Selain itu kesebelasan utama United kecuali Anderson telah mengikuti penerbangan dua jam untuk bertemu juara CL tujuh kali itu yang pernah menewaskan United pada keempat-empat perlawanan timbal-balik dua pusingan di saingan peringkat Eropah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...