Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, February 19, 2010

Terima kasih Rooney (Kosmo)


ROONEY (tengah) muncul wira United ketika menang 3-2 ke atas Milan awal pagi semalam.


MILAN - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson harus berterima kasih kepada penyerangnya, Wayne Rooney.

Awal pagi semalam, Rooney sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila membantu United mencatat kemenangan 3-2 ke atas AC Milan pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di San Siro.

"Ia persembahan terbaik Rooney. Para pemain Milan gagal mengawalnya pada separuh masa kedua. Saya anggap Rooney cukup mengagumkan.

"Kemampuan asas Rooney sama bagus dengan pemain-pemain yang kamu katakan (Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo).

"Rooney telah memperbaiki cara dia menjaringkan gol dan kini dia sudah sebaris dengan dua pemain tersebut," kata Ferguson.

Milan, juara Eropah sebanyak tujuh kali mendahului seawal minit ketiga menerusi Ronaldinho sebelum Paul Scholes berjaya menyamakan kedudukan buat United sembilan minit sebelum babak pertama berakhir.

Rooney mula membuktikan kehebatannya apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-66 dan 74 sebelum Clarence Seedorf merapatkan kedudukan 3-2 ketika permainan berbaki lima minit.

Namun malang buat United apabila Michael Carrick dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning pada masa kecederaan, sekali gus memaksa pemain tengah itu bakal terlepas perlawanan kedua di Old Trafford pada 10 Mac depan.

"Saya rasa kami mungkin akan tewas dengan jumlah beberapa gol pada perlawanan ini. Tempoh 20 minit pertama cukup teruk bagi kami. Ketika itu kami hilang ketenangan.

"Tetapi selepas kami berjaya menemui rentak permainan, kami dapat beraksi dengan baik selepas itu."

Jurulatih Milan, Leonardo tidak sependapat dengan Ferguson kerana menganggap United lebih bernasib baik.

"Saya rasa kami tidak dapat menjaringkan gol yang sepatutnya kami perolehi. United pula memanfaatkan 100 peratus peluang yang mereka miliki. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...