19/02/2010 10:28pm
LONDON 19 Feb. - Pemain tengah Manchester City, Patrick Vieira digantung tiga perlawanan ekoran tindakannya menendang pemain tengah Stoke, Glenn Whelan.
Vieira yang menerima hukuman tersebut, tidak akan beraksi ketika kelabnya menentang Liverpool, Stoke dan Chelsea.
Bekas pemain Arsenal itu bertindak menendang Whelan selepas kedua-dua pemain itu saling mengasak pada perlawanan Liga Perdana yang berkesudahan seri 1-1 di Stoke, Selasa lalu.
Vieira hanya bermain empat perlawanan untuk City sejak berhijrah dari Inter Milan, bulan lalu. - AP
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.