Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, February 19, 2010

Sepakan percuma Beckham masih berbisa (Harian Metro)

MILAN: Penampilan pertama David Beckham menentang pasukan lama Manchester United agak bercampur baur sejak dia meninggalkan Old Trafford, apabila pemain tengah itu beraksi baik sebelum pasukannya, AC Milan ditewaskan 3-2 oleh juara Liga Perdana Inggeris itu.

Beckham yang dipinjam ke Milan buat kali kedua dari Los Angeles Galaxy dibariskan dalam kesebelasan utama pada perlawanan pertama pusingan kalah mati di San Siro itu menjadi punca Milan mendahului apabila sepakan percuma yang diambilnya memberi ruang buat Ronaldinho menjaringkan gol pertama tuan rumah pada minit ketiga. Pengaruhnya dalam perlawanan itu bagaimanapun mula berkurang sehingga dia dikeluarkan pada minit ke-72 ketika United mendahului 2-1 menerusi jaringan tidak sengaja Paul Scholes dan tandukan Wayne Rooney. Rooney menjaringkan gol kedua peribadi juga menerusi tandukan, sebelum pemain gantian Milan, Clarence Seedorf yang menggantikan Beckham mengurangkan defisit jaringan minit ke-85.

ketika hanya dua minit beraksi, namun sudah terlambat untuk nasib menyebelahi tuan rumah. “Saya sangat gembira.

Peminat (United) sangat hebat.


Sangat menarik bermain di stadium yang penuh dengan penonton di sini,” kata pemain tengah England itu kepada Sky Sport selepas mendengar peminat United menyanyikan lagu ‘Kami hanya ada seorang David Beckham’ selepas dia dikeluarkan. Beckham, 34, menjuarai Liga Juara-Juara pada 1999 bersama United tapi berhijrah ke Real Madrid pada 2003 ketika isu hubungan buruk membabitkannya dengan pengurus Alex Ferguson hebat diperkatakan. Pemain paling banyak mewakili England tapi makin kurang tampil bersama pasukan kebangsaan itu beraksi di posisi kanan jentera tengah Milan, berbanding posisi kerap digunakan sebelum ini iaitu di bahagian kanan rangkaian tiga penyerang, dan sebelum perlawanan dia awal-awal lagi menyuarakan tidak akan berpesta meraikan jaringan.

- Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...