Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 10, 2010

Selangor tunggu PKNS (Kosmo)





JUARA bertahan Piala FA, Selangor tampak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PKNS pada pusingan kedua saingan Piala FA yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 20 Februari ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Selangor mendapat bye pada pusingan pertama.

Pengurus dan jurulatih Selangor, K. Devan berkata, beliau sudah 'mengintai' aksi skuad PKNS ketika pasukan berstatus kelab itu bertemu Sabah pada aksi Liga Perdana di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 15 Januari lalu.

"Saya sempat menyaksikan gaya permainan PKNS pada aksi menentang Sabah dan hasil pemerhatian saya, kami tidak boleh bermain sambil lewa dengan mereka.

"Apa pun kami sudah bersedia kerana tempoh rehat panjang minggu lalu dipergunakan sepe- nuhnya untuk memperkemaskan kelemahan yang ada dalam pasukan.

"Pemain-pemain yang cedera seperti R. Surendren juga sudah pulih sepenuhnya dan kami kini berpeluang untuk beraksi dengan lebih baik pada pusingan kedua Piala FA nanti," kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah Devan, kesempatan rehat telah digunakan untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang skuad Sukma Selangor kelmarin dan bertemu kelab Liga FAM, KL Sime Darby di Padang SUK, Shah Alam petang esok.

Jika berjaya mengatasi PKNS pada pusingan kedua Piala FA itu, Selangor akan menanti sama ada Felda United atau Pos Malaysia pada aksi suku akhir yang akan berlangsung pada 9 dan 20 Mac depan.

Dalam pada itu, Selangor akan memulakan kempen saingan Piala AFC 2010 menentang kelab dari Vietnam, Binh Duong FC di Stadium Shah Alam pada 23 Februari depan.

Selangor diletakkan dalam Kumpulan F bersama Binh Duong FC, Victory SC (Maldives) serta salah pasukan yang tewas aksi playoff Liga Juara- Juara Asia iaitu Da Nang (Vietnam), Sriwijaya (Indonesia) atau Muang Thong United (Thailand).

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hanya akan membuat pengumuman rasmi kedudukan kumpulan yang akan disertai ketiga-tiga pasukan berkenaan sama ada Kumpulan F, G atau H pada petang ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...