Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 16, 2010

Selangor tak ambil mudah cabaran 'adik' (Berita Harian)


KAPTEN Selangor, Mohd Amri Yahyah (kiri) akan mengetuai skuad Gergasi Merah mempertahankan mahkota Piala FA pada pusingan kedua menentang PKNS di Stadium Shah Alam, malam ini.

SELEPAS berehat dua minggu, tiba masanya buat Selangor turun daripada singgahsana untuk mempertahankan mahkota Piala FA bermula dengan perlawanan pusingan kedua menentang PKNS di Stadium Shah Alam, malam ini.

Sebagai juara bertahan, Selangor mendapat 'bye' pusingan pertama tetapi skuad bergelar Gergasi Merah itu tidak sekadar 'duduk di rumah dan goyang kaki' tetapi mengisi masa terluang itu dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab dalam persiapan menentang 'adik' mereka, malam ini.

"Kami mengadakan perlawanan persahabatan sepanjang dua minggu yang kami tidak beraksi. Pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Piala Presiden semalam (kelmarin), kami seri 1-1.

"Saya anggap perlawanan menentang PKNS esok (malam ini) pertemuan abang dengan adik. Sudah tentu adik turun dengan misi untuk mengejutkan abang jadi saya memberi peringatan kepada pemain untuk tidak mengambil mudah pertemuan ini," kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Satu lagi finalis, Kelantan juga akan turun buat pertama kali pada kejohanan musim ini selepas turut berehat selama dua minggu apabila berdepan Kedah di tempat lawan.

Perlawanan lain menampilkan Felda United yang dilihat mampu meneruskan kemaraan ke pusingan akhir dengan habuan mereka selepas menyingkirkan Pahang. Mereka menentang Pos Malaysia dalam pertembungan sesama Liga Perdana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...