Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 21, 2010

Selangor mara, Kelantan tersingkir Piala FA (Utusan Malaysia)


KUALA LUMPUR - Nasib berbeza buat dua pasukan yang beraksi dalam saingan akhir Piala FA tahun lepas apabila Selangor berjaya mara ke saingan suku akhir sementara Kelantan tersingkir.

Selangor yang beraksi menentang PKNS berjaya layak secara agregat 2-1 walaupun mereka tewas 1-0 dalam perlawanan kedua di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, semalam.

Sementara itu, Kelantan disingkirkan oleh Kedah melalui peraturan kelebihan gol di tempat lawan walaupun secara agregat mereka terikat 1-1.

Kelantan mendahului pada minit ke-76 melalui tandukan Indra Putra Mahayuddin, namun seminit kemudian Kedah menyamakan kedudukan hasil jaringan Baddrol Bakhtiar.

Turut mara ke suku akhir ialah Terengganu yang menang secara agregat 4-1 ke atas Sarawak, pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu menang perlawanan kedua 2-1, semalam.

Terengganu memperoleh jaringan pertama melalui K. Rajan pada minit ke-48 sebelum Mohd. Zharif Hasna menambah gol kedua pada minit ke-59 manakala gol sagu hati Sarawak disumbangkan oleh Effendi Malek pada minit ke-82.

Mengiringi Terengganu ialah pasukan senegeri T-Team yang menang secara agregat 3-1 menewaskan Perak.

Pada perlawanan kedua di Stadium Ipoh, semalam T-Team mencatat kemenangan 2-0 hasil jaringan Ismail Faroqi minit ke-7 dan Azrul Hazran Amiruddin minit-72.

Juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan turut mara selepas mencatat kemenangan besar 5-0 bagi memastikan mereka layak secara agregat 8-2.

Zaquan Adha Abdul Radzak membuka jaringan pada minit kesembilan diikuti gol Shahurain Abu Samah pada minit ke-26.

Tiga lagi gol disumbangkan oleh Rezal Zambery Yahya (45), Mohd. Firdaus Azizul (54) dan Alif Shamsudin (72).

Pasukan lain yang mara ke suku akhir ialah Pos Malaysia, KL Plus dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...