Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 16, 2010

'Saya bukan kaki perempuan' (Kosmo)




LONDON - Selepas dikritik hebat ekoran skandal seksnya terbongkar, semalam kapten Chelsea, John Ter- ry (gambar) tampil mempertahankan dirinya.

Terry menegaskan bahawa dia bukan seorang 'kaki perempuan' seperti mana yang telah digambarkan oleh kebanyakan pihak media di Britain.

Sebaliknya Terry berkata, selain bergelar pemain bola sepak profesional, dia masih tidak lupa dengan statusnya sebagai seorang suami dan juga bapa.

"Saya jarang keluar dengan orang lain kecuali isteri saya (Toni). Dia merupakan segala-galanya bagi saya.

"Selepas selesai tugasan sebagai pemain bola sepak, saya lebih gemar berada di rumah dan menghabiskan masa dengan isteri dan anak-anak saya.

"Itu sahajalah masa yang ada untuk saya membahagiakan mereka. Selainnya, saya lebih banyak menghabiskan masa di padang bola sepak," kata Terry yang telah berlepas ke Dubai, Khamis lalu bagi menemui Toni.

Minggu lalu, jurulatih skuad kebangsaan England, Fabio Capello membuat keputusan mengejut apabila menyingkirkan Terry sebagai kapten England.

Bagaimanapun Terry berkata, dia menerima dengan hati terbuka keputusan yang dibuat Capello itu.

"Sudah menjadi tanggungjawab jurulatih untuk membuat sebarang keputusan yang difikirkan baik untuk pasukan.

"Walaupun agak kecewa dengan keputusan tersebut tetapi saya berjanji akan tetap menampilkan aksi terbaik jika terus mendapat kepercayaan menyarung jersi England.

"Kempen Piala Dunia 2010 akan berlangsung tidak lama lagi, jadi saya berharap dapat menyelesaikan masalah keluarga saya dengan sece- pat mungkin," tambah Terry.

Terdahulu, skandal seks Terry menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tabloid di Britain apabila dia dilapor mengadakan hubungan sulit dengan model Perancis, Vanessa Perroncel.

Lebih mengejutkan apabila Perroncel merupakan bekas teman wanita rakan karib Terry yang juga pemain pertahanan Manchester City, Wayne Bridge. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...