Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, February 19, 2010

Rooney menakjubkan (Harian Metro)

ROME: Wayne Rooney nyata wira Manchester United apabila menjadikan AC Milan umpama skuad veteran menerusi kemenangan, 3-2 dalam saingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di San Siro.

Rooney menjaringkan gol kemenangan ketika barisan pemain veteran Milan akhirnya terperangkap apabila United bangkit daripada ketinggalan untuk menang, yang turut menyaksikan drama masa kecederaan dengan pemain tengah United, Michael Carrick dilayangkan kad merah. Ronaldinho meletakkan Milan di depan namun selepas Paul Scholes menyamakan kedudukan, skuad kendalian Sir Alex Ferguson berjaya menguasai permainan dan akhirnya keluar selaku pemenang. Pemain gantian Milan, Clarence Seedorf meledak hasil tolakan menggunakan tumit berpunca hantaran lintang Ronaldinho, lima minit sebelum wisel penamat untuk menghidupkan peluang kelab Itali itu menjelang aksi timbal balik di Old Trafford. Rooney bagaimanapun tidak gembira dengan prestasi beberapa rakan sepasukannya, yang bergelut pada babak pertama. “Sesetengah pemain tidak melaksanakan tugas mereka,” kata Rooney, yang dilihat kecewa mengenai prestasi rakan di bahagian sayap, Nani.

“Kami melaksanakan tugas baik untuk kembali bersaing dan pada babak kedua, prestasi kami meningkat serta layak meraih kemenangan ini.

Kami pasukan lebih baik,” katanya.


- AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...