Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 23, 2010

Ronaldo nadi kemenangan Real (Kosmo)


RONALDO (tengah) meledakkan satu gol untuk membantu Real membelasah Villarreal 6-2 kelmarin.


MADRID - Cristiano Ronaldo sekali lagi membuktikan kehebatan sebenarnya apabila berjaya meledakkan satu gol dan mencipta empat lagi jaringan untuk membantu Real Madrid membelasah Villarreal 6-2 pada aksi Liga Sepanyol kelmarin.

Pemain termahal dunia itu menja- ringkan gol menerusi sepakan percuma untuk menewaskan Diego Lopez sebelum menjadi penggerak utama kepada lima lagi jaringan Real, yang kembali merapatkan jurang kepada dua mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Malah pada hujung permainan, dia berjaya memperoleh sepakan penalti, namun dia menolak untuk mengambilnya dan membiarkan Xabi Alonso menyempurnakan.

"Saya beri peluang itu kepada Xabi kerana mahu bagi semua orang pelu- ang yang sama rata," kata Ronaldo.

"Kami bermain dengan baik dan saya rasa tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang apa yang berlaku di Lyon (kalah 0-1 pada kempen Liga Juara-Juara).

"Dalam pasukan ini, kami akan menang bersama dan kalah juga bersama."

Penyerang Portugal itu kerap kali di- tuduh tamak dan dikritik hebat selepas gagal menjaringkan gol menerusi penalti ketika menentang Almeria.

Namun, semua sikap negatif itu tidak diulangi oleh pemain berusia 25 tahun itu kelmarin ketika dia mencipta dua pelu- ang gol buat Gonzalo Higuain dan satu buat Kaka sebelum memenangi penalti pada hujung permainan.

Jurulatih Real, Manuel Pellegrini melontarkan pujian ke atas aksi cemerlang Ronaldo.

"Pasukan ini mempamerkan kualiti yang hebat di bahagian serangan, namun turut membuktikan kekentalan mereka di bahagian pertahanan.

"Saya sangat berpuas hati dengan tahap persembahan semua pemain saya, terutamanya Crsitiano," kata Pellegrini. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...