Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, February 15, 2010

Ronaldo akui rindukan United (Utusan Malaysia)

LONDON - Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengakui dia rindukan suasana di Manchester United dan mungkin menimbangkan untuk kembali ke Old Trafford pada masa akan datang.

Pemain Portugal berusia 25 tahun itu meninggalkan kelab juara Liga Perdana England itu, apabila menyertai Real dengan rekod perpindahan termahal di dunia iaitu 80 juta pound (RM430 juta) pada Jun lalu, dan dia bermula baik di Bernabeu.

Ronaldo, yang menjulang tiga kejuaraan Liga Perdana, serta Liga Juara-Juara sepanjang enam musim di United, telah menjaringkan 11 gol dalam 13 kemunculannya dalam 13 perlawanan La Liga, tiada hasrat untuk meninggalkan Real dalam tempoh terdekat.

Namun, apabila sampai masanya, Ronaldo berkata, dia pasti gembira untuk kembali ke England.

"Sudah tentu saya rindukan aksi bersama Manchester United.

''Saya beraksi di sana selama enam tahun, ia tempoh yang lama.

"Saya masih berminat menyaksikan perlawanan Manchester United dan tiada siapa tahu pada masa akan datang, saya mungkin kembali beraksi di sana. Ia sentiasa tidak mustahil.

"Saya mahu melengkapkan kontrak saya terlebih dahulu, masa akan datang, Tuhan saja yang tahu.

''Saya tidak kata bahawa saya tidak gembira di Real Madrid.

"Saya sangat gembira dan semua orang tahu ini adalah kelab saya. Saya rindukan Manchester United, pengurus dan pemain,'' kata Ronaldo dalam akhbar The News of the World.

Sementara itu, aksi cemerlang Ronaldo membantu Madrid mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Xerez, kelmarin.

Kemenangan tersebut membolehkan kelab gergasi Sepanyol itu hanya dua mata di belakang pendahulu liga, Barcelona.

Kembali beraksi selepas digantung dua perlawanan, Ronaldo memainkan berperanan sebagai penggerak utama kepada pasukan pelawat.

Namun, aksi separuh masa pertama tidak begitu berpihak kepada Real.

Kedua-dua pasukan memperoleh peluang masing-masing pada separuh masa pertama, dengan percubaan Jeronimo Momes dan Ronaldo gagal menembusi jaring. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...