Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 24, 2010

Piala AFC: Becamex ikat Selangor 0-0 (Utusan Malaysia)

SHAH ALAM - Selangor terpaksa berpuas hati dengan satu mata setelah diikat tanpa jaringan oleh kelab Vietnam, Becamex Bing Duong pada perlawanan Kumpulan F bola sepak Piala AFC, semalam. Walaupun menguasai perlawanan di Stadium Shah Alam, namun anak-anak buah K. Devan gagal menyambar sekurang-kurangnya tiga peluang keemasan untuk meraih tiga mata penuh.

Skuad Gergasi Merah yang turun tanpa khidmat pemain import, bagaimanapun tidak gentar untuk menyaingi lawan yang memiliki tiga pemain dari Brazil, Afrika Selatan dan Nigeria.

Sayangnya, ketumpulan penyudah terus menjadi penghalang terbesar Selangor, malah ia dijangka memberi masalah buat pasukan itu kembali untuk perlawanan kedua menentang Sri Wijaya dari Indonesia di Palembang, 16 Mac ini.

Selangor menyerang seawal minit pertama menerusi sayap kiri, Farderin Kadir yang merembat tetapi ditampan pertahanan lawan tidak jauh dari gawang Becamex.

Setengah jam kemudian, serangan balas pantas tuan rumah menerusi hantaran jauh, nyaris menggugat pelawat sekiranya Safee Sali mampu menyambar yang terlepas dari kawalan penjaga gol lawan, The Anh.

Becamex bagaimanapun cuba menyaingi menerusi rembatan pemain import dari Brazil, Elenildo de Jesus namun sempat ditampan keluar oleh penjaga gol Merah Kuning, Hamsani Ahmad pada minit ke-31.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...