Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 16, 2010

Peminat jual roti canai The Red Warriors (Kosmo)


MOHD. RAMLI menjual roti canai Red Warriors di gerainya di perkarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV.


SEORANG peniaga roti canai yang juga peminat pasukan Kelantan, Mohd. Ramli Abdul Rahman, 41, menjual roti canai Red Warriors di gerai makannya di pekarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu.

Gerai makan Mohd. Ramli yang mesra dengan panggilan 'Abang Ya' popular dengan roti canai cotek dan roti tisu.

Sebagai tanda sokongan kepada pasukan kesayangannya itu, Mohd. Ramli menjual roti canai cotek dan roti tisu berwarna merah untuk dinikmati pelanggannya.

"Saya menggunakan pewarna sirap untuk menjadikan tepung gadung yang diadun untuk membuat roti canai berwana merah," katanya ketika ditemui semalam.

Malah beliau juga memakai jersi The Red Warriors ketika menyediakan roti canai tersebut manakala isterinya, Norizan Abd. Rahman, 38, yang membantunya berniaga juga memakai berwarna merah.

Mohd. Ramli yang telah berniaga di pekarangan stadium itu berkata, harga roti canai 'Red Warriors' sama dengan roti canai biasa.

Katanya, roti canai cotek dijual dengan harga 1.50 sekeping manakala roti tisu pula pada harga RM1.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena