Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 16, 2010

NS tekad elak kesilapan sama (Berita Harian)

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my

SELEPAS diaibkan Pahang dalam aksi Liga Super di Kuantan, Negeri Sembilan tidak rela menerima nasib sama apabila melayani kunjungan Polis dalam saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Sehubungan itu pemain skuad berkenaan ditagih memberi persembahan terbaik dengan memanfaatkan setiap peluang mencapai kemenangan memastikan misi pasukan meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya tidak terjejas.

Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan, berkata kekalahan kepada Pahang yang berpunca daripada sikap sambil lewa dan tidak fokus ketika di padang harus dijadikan pengajaran supaya situasi itu tidak berulang lagi yang akhirnya boleh menjejaskan peluang mencapai kemenangan.

“Saya berharap pemain Negeri Sembilan tidak mengulangi lagi kesilapan sebaliknya memberi persembahan terbaik bagi memastikan kemenangan tercapai.

“Sikap menganggap mudah cabaran Polis boleh memakan diri tambahan pula pasukan itu tidak asing dengan Stadium Paroi yang turut menjadi gelanggang utama mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...