Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 11, 2010

‘Nani kini sehebat Ronaldo’ (Berita Harian)

MANCHESTER: Pemain Portugal, Nani kini dilabel bakal meniti era kemasyhuran pernah dikecapi Cristiano Ronaldo.

Ia mengambil masa dua tahun untuk Ronaldo berubah wajah daripada budak yang berlari pantas di sebelah sayap kepada pemain bertaraf dunia di Old Trafford.

Kini, kapten Manchester United, Gary Neville memilih Nani untuk mengikut jejak sama selepas berpindah ke kelab juara Inggeris itu dengan nilai perpindahan £17 juta (RM93 juta) dari FC Porto, dua setengah tahun lalu.

“Persembahan Nani ketika menentang Hull City, Manchester City dan Arsenal tidak dinafikan hebat.

“Dia memiliki kemampuan menakjubkan seperti dilakukan ketika menewaskan Arsenal. Jika dia mengulangi aksi seperti ini dia sukar disekat. Dia ada keyakinan diri dan kemahiran tinggi.

“Peminat mengharapkan banyak daripada pemain muda tetapi ia akan mengambil masa. Ronaldo mengambil masa yang lama sebelum terasa selesa dalam kesebelasan pasukan,” katanya.

Nani, 23, sudah berubah menjadi penyerang berbisa sejak awal musim ini dengan kelibat memukau dari sebelah sayap selepas peminat mula kecewa dengan persembahan hambarnya sebelum ini.

Nani yang menyifatkan pengurus pasukan, Alex Ferguson juga antara punca dia dapat mengemaskan permainannya berkata: “ Dia menjerit ke arah pemain di hadapan semua orang. Tiada siapa yang terlepas.” - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...