Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 21, 2010

Man. United tumbang di Goodison Park


PEMAIN pertahanan Manchester United, Gary Neville (kiri) dan Darren Fletcher tidak mampu menahan asakan penyerang Everton, Landon Donovan (kanan) dalam saingan Liga Perdana England di Goodison Park, semalam. Everton menang 3-1. - AFP


LONDON – Hasrat menggunung Manchester United untuk merampas semula tangga teratas Liga Perdana England (EPL) kempunan selepas tewas 1-3 kepada Everton, semalam.Dua pemain gantian, Dan Gosling dan Jack Rodwell yang dibawa masuk David Moyes pada separuh masa kedua berjaya menghukum kelemahan benteng United.

Everton terlebih dahulu membuat ancaman pada minit ke-14 melalui bekas penyerang United, Louis Saha yang melakukan rembatan dari jarak dekat tetapi berjaya ditangkap kemas Edwin van der Sar.

Bagaimanapun, dua minit selepas itu, United berjaya di depan melalui jaringan Dimitar Berbatov hasil hantaran lintang rendah Antonio Valencia.

Berbatov merembat kencang bola dalam petak penalti walaupun cuba disekat pertahanan Everton, Slyvian Distin.

Kegembiraan United tidak berpanjangan apabila Everton berjaya menyamai kedudukan pada minit ke-19 menerusi rembatan rendah cantik, pemain tengah mereka Diniyar Bilyaletdinov.

Anak buah Moyes pula tidak berputus asa dengan melancarkan serangan bertali arus dan hampir di depan sebelum separuh masa pertama tamat.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua pemain gantian Everton, Gosling menceriakan penyokong tuan rumah apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-76.

Everton menambah gol ketiga di minit akhir perlawanan hasil penyudah cantik pemain gantian, Rodwell di dalam petak penalti.

“Kami ditewaskan dengan baik sekali, semudah mungkin. Kami memulakan perlawanan dengan baik tetapi jaringan yang mereka lakukan memberi kelebihan buat mereka.

“Anda sudah pasti tidak mahu melepaskan gol dengan pantas selepas mendahului perlawanan tetapi kesannya terasa pada separuh masa kedua.

“Saya sangat kecewa dan pemain juga kecewa. Mereka juga manusia, mereka beraksi untuk Manchester United,” kata pengurus United, Sir Alex Ferguson.

“Ia bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskan Manchester United,”

“Bagaimanapun kami telah menewaskan Chelsea dan Manchester United di tempat sendiri.

“Salah satu sebab utama ialah kami berjaya mencari gol penyamaan selepas mereka menjaringkan gol dan kami amat memerlukannya kerana mereka bermula dengan baik sedangkan kami tertinggal di belakang,” kata Moyes.

--- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...