Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 21, 2010

Man. City hilang tonggak (Utusan Malaysia)


DARI KIRI : Carlos Tevez,Craig Bellamy ,Patrick Vieira


MANCHESTER, England - Roberto Mancini kini berdepan krisis kecil buat pertama kali selaku pengurus Manchester City menjelang pertemuan getir menentang Liverpool di Eastlands, hari ini.

Pemenang dalam perlawanan ini berpeluang cerah untuk merebut tempat keempat dan seterusnya layak beraksi di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Persiapan Mancini sedikit terjejas dalam perlawanan yang mungkin akan menjadi hala tuju City musim ini apabila kehilangan beberapa pemain utamanya akibat penggantungan dan kecederaan.

Jumaat lalu, Patrick Vieira dikenakan penggantungan tiga perlawanan oleh Persatuan Bolasepak (FA) England selepas didapati bersalah melakukan kekasaran terhadap pemain Stoke, Glenn Whelan.

''Vieira telah melakukan kesilapan, sekarang kami tidak boleh menggunakan khidmatnya selepas tiga perlawanan dan itu akan menjadi masalah besar,'' kata Mancini.

Selain Vieira, Mancini turut akan kehilangan penyerang, Carlos Tevez yang membuat keputusan untuk kekal di Argentina bersama isterinya selepas bersalin, sementara Martin Petrov masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan lutut dan tidak boleh beraksi selama sebulan.

Mancini juga menafikan dia telah berselisih faham dengan Craig Bellamy di padang latihan mengenai kecederaan lutut pemain Wales tersebut.

Dia yakin hubungannya dengan Bellamy masih dalam keadaan baik, namun mengakui terdapat sedikit perbezaan pendapat dengan pemain itu yang menjadi antara tonggak City paling konsisten dalam persembahannya sepanjang musim ini.

''Saya ada terbaca laporan bahawa saya mempunyai masalah dengan Bellamy dan menjerit ke arahnya.

''Saya ada bercakap secara berdepan dengannya seperti seorang pengurus berkata kepada pemain tetapi saya tidak menjerit kepadanya.

''Perkara ini boleh berlaku dalam tugas kamu atau tugas anda, namun apa yang saya cakapkan segalanya secara berdepan. Saya tidak mempunyai masalah besar dengannya. Sekiranya lutut dia sudah baik, dia boleh bermain hari ini.

''Saya tidak mahu kehilangannya selama tiga bulan ekoran kecederaan itu. Sekiranya ada masalah, kami akan selesaikan secara bersemuka,'' kata Mancini.

Namun, pada masa yang sama, Mancini tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya ekoran kehilangan Tevez dalam tempoh genting itu sambil mengakui ketiadaan pemain Argentina itu merupakan masalah besar buat City.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Rafael Benitez tidak berdepan masalah besar seperti City, malah berjanji untuk meraih sekurang-kurangnya tempat keempat bagi melegakan peminat Liverpool.

Benitez juga gembira dengan ketiadaan Tevez, namun masih bimbang dengan kualiti yang masih ada pada City.

''Secara jelas, dia memang pemain yang bagus namun City masih ada beberapa penyerang lain yang tidak kurang hebatnya. City tetap merupakan sebuah pasukan berkualiti walaupun ketiadaan Tevez,'' kata Benitez. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...