Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 23, 2010

Letih boleh 'bunuh' peluang United - Evra (Utusan Malaysia)

MANCHESTER - Patrice Evra memberi amaran kepada rakan sepasukan Manchester United bahawa mereka dalam bahaya sekiranya membiarkan masalah kepenatan mental menggugat peluang kelab itu meraih kejuaraan Liga Perdana kali keempat berturut-turut.

Anak-anak buah Alex Ferguson yang mempamerkan aksi tidak bermaya apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Everton, Sabtu lalu akan berdepan West Ham, esok.

Kekalahan itu membuka ruang buat Chelsea menjarakkan kedudukan kepada empat mata serta kekal sebagai pendahulu liga.

Perlawanan itu merupakan kekalahan keenam United musim ini dan apa yang lebih mengejutkan, kelab tersebut kecundang setelah mempamerkan aksi hebat ketika menewaskan AC Milan pada saingan Liga Juara Juara di San Siro.

Pemain antarabangsa Perancis itu menyedari anak-anak buah Ferguson tidak lagi mampu melepaskan sebarang perlawanan jika mahu memberikan saingan kepada Chelsea.

Namun begitu, pemain pertahanan itu mengakui masalah kepenatan yang melanda skuad Ferguson hadir pada waktu yang salah dan boleh menggugat keyakinan mereka untuk mencabar pasukan bimbingan Carlo Ancelotti.

''Pertemuan dengan Everton begitu mengecewakan dan kami berasa amat sedih. Saya memang hendak memberikan alasan yang kami kepenatan setelah mengharungi perlawanan yang hebat di San Siro.

''Tetapi kalau boleh saya tidak mahu mengemukakan alasan sedemikian kerana saya fikir kami tidak percaya yang kami boleh menang.

''Walau apa pun, ya, kami memang kepenatan. Saya dan pemain-pemain lain juga keletihan tetapi saya fikir faktor kekalahan kami adalah disebabkan mentaliti kami yang menyatakan perkara sama, malah sebelum perlawanan bermula, rata-rata pemain mengadu yang mereka amat letih.

''Saya tidak fikir kami boleh fokus kepada perlawanan tersebut dan atas sebab itu saya enggan memberikan alasan berkenaan. Jika anda tidak memiliki semangat yang betul untuk dipupuk. Saya tidak fikir kami mampu muncul sebagai pemenang, sebab itu kami kalah.

''Ia bukan sebab soal kepercayaan tetapi kami sebenarnya tidak cukup keyakinan. Malah kami percaya setiap kali menyarung jersi Manchester United, kami mahukan kemenangan dan kami percaya sehinggalah pada saat-saat akhir apabila sikap itu tidak menjadi ketika bertemu Everton,'' kata Evra.

Evra berkata, bukan mudah menentang Everton dan pada ketika United beraksi buruk, mereka terpaksa pula bermain dengan lawan yang kuat.

''Saya fikir jika pemain percaya yang mereka boleh menang, maka, saya yakin kami pasti memperoleh keputusan yang lebih baik.

''Ia sebenarnya tidak menjejaskan United pun, kerana banyak pasukan yang hebat apabila bertandang ke Everton, mereka kalah,'' katanya lagi. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...