Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 17, 2010

Lampard sokong kapten Ferdinand (Berita Harian)



FERDINAND (kanan) akan ambil alih lilitan kapten daripada Terry yang dilucutkan daripada jawatan selepas terdedah kontroversi dia menjalin hubungan sulit dengan bekas teman wanita, Bridge.

'Dia berhak dapat peluang untuk ketuai skuad England'

LONDON: Frank Lampard berkata Rio Ferdinand berhak mendapat peluangnya untuk mengetuai skuad bola sepak England.

Pertahanan Manchester United itu sudah mengambil alih lilitan kapten daripada John Terry yang dilucutkan daripada jawatan berkenaan selepas terdedah kontroversi dia menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanita, Wayne Bridge.

Lampard berkata: “John dan Rio adalah personaliti besar.

“Tugas ketua pasukan England memerlukan seseorang yang ada karektor besar dan Rio adalah seorang yang popular dalam bilik persalinan.

“Kontroversi dalam peralihan dan segala-galanya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan kini ia sudah berlaku dan Rio akan melakukan yang terbaik.

Frank Lampard

“Wayne Rooney adalah pemain terbaik kami dan pastinya dia akan menjadi kapten England satu hari nanti. Tetapi ia bukan idea yang bagus untuk membebankannya ketika dia begitu muda.” - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...