Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 11, 2010

Fabregas ‘setuju’ sertai Barca (Berita Harian)

MADRID: Kapten dan perancang bintang Arsenal, Cesc Fabregas difahamkan sudah mencapai persetujuan secara lisan bersama penyandang juara Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona untuk kembali bersama kelab catalan itu, musim depan menurut laporan stesen radio, Cadena Ser, kelmarin.

“Ini adalah perjanjian yang kukuh di antara Barca dan Fabregas sekalipun hanya melalui mulut ke mulut,” kata stesen radio berbahasa Sepanyol itu tanpa menyebut mengenai sumber maklumat.

“Beberapa pertemuan sudah berlaku, termasuk perjumpaan ini di mana Fabregas memberitahu Barca dia ingin menyertai semula kelab itu bermula musim depan,” tambahnya.

Cadena Ser berkata tawaran itu berkisar mengenai persetujuan membabitkan jumlah yuran perpindahan bersama Arsenal, namun juara La Liga itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengesah atau menafikan laporan itu.


Fabregas, pemain antarabangsa Sepanyol berusia 22 tahun adalah penjaring terbanyak Arsenal musim ini dengan 14 gol dalam semua kejohanan dan masih memiliki kontrak bersama Gunners sehingga 2014.

Namun, masa depannya sering menjadi sasaran pelbagai spekulasi musim ini dan kebanyakan laporan media secara konsisten mengaitkannya untuk kembali ke La Liga.

Kebanyakan laporan berkata Fabregas akan berpindah ke Real Madrid atau pun kelab di zaman awal remajanya, Barcelona yang melepaskannya untuk menyertai Gunners pada September 2003 yang kemudian menjadi salah satu aset terpenting buat Arsene Wenger. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...