Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 16, 2010

Devan tidak mahu pemain terlalu yakin (Sinar Harian)

SHAH ALAM -Juara bertahan Piala FA, Selangor dilihat tidak mempunyai sebarang masalah sekurang-kurangnya untuk layak untuk ke peringkat separuh akhir bagi musim ini.

Namun pengurus dan juga jurulatih Selangor, K Devan tidak mahu terlalu yakin dan menganggap mudah dalam perlawanan menentang PKNS pada pusingan kedua saingan, hari ini.

“Saya harap semua pemain dapat memberi sepenuh tumpuan dan cuba mendapatkan gol awal sebagai bekalan untuk perlawanan timbal balik 20 Februari nanti.

“Saya tidak mahu kejadian sama berulang pada musim lalu pada saingan suku akhir Piala Malaysia menentang Terengganu menyaksikan kita gagal melangkah ke pusingan seterusnya.

“Jadi Saya tidak mahu pemain terlalu yakin dan memandang rendah keupayaan pihak lawan walaupun mereka berstatus kelab namun aksi mereka di Liga Perdana saya lihat cukup memberangsangkan,” katanya.

Menurutnya, semua pemain di lihat cukup bersemangat selepas tempoh rehat yang panjang lalu dipergunakan sepenuhnya untuk memperkemaskan kelema­han yang ada dalam pasukan.

“Kesempatan cuti yang panjang kami telah mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang skuad Sukma Selangor dan kelab Liga FAM, KL Sime Darby bagi mengekalkan tahap kecerdasan pemain,” katanya.

Selangor yang mendapat bye pada pusingan pertama akan bertemu Felda United atau Pos Malaysia jika berjaya mengatasi PKNS pada aksi suku akhir yang akan berlangsung pada 9 dan 20 Mac depan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...