Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 24, 2010

Cole mungkin cari 'lubuk baru' (Kosmo)


PERPISAHAN antara Cole dengan isterinya, Cheryl mencetuskan spekulasi yang mengaitkan tonggak Chelsea ini akan berhijrah ke Sepanyol musim depan.


LONDON - Tonggak pertahanan Chelsea, Ashley Cole boleh melarikan diri daripada masalah peribadinya dengan memilih destinasi baru sama ada Real Madrid atau Barcelona.

Dua kelab gergasi Sepanyol itu kini meman- tau situasi Cole dan bersedia memenuhi harga yang diletakkan Chelsea yang dianggarkan kira-kira £25 juta (RM131 juta).

Terdahulu, Cole dilapor telah berpisah dengan isterinya yang juga penyanyi kumpulan terkemuka Britain, Girls Aloud, Cheryl ekoran skandal hubungan sulit pemain itu dengan wanita simpanannya.

"Ashley (Cole) berdepan situasi yang rumit ketika ini," kata kenalan rapat Cole yang enggan dikenali.

"Jika dia dan Cheryl berpisah, kenapa dia mahu terus berada di negara ini?"

Sebelum ini, Real pernah meluahkan minat mereka ke atas bintang England itu apabila dia berpindah ke Chelsea dari Arsenal pada tahun 2006.

Real kini terdesak memerlukan pemain pertahanan kiri dan sekiranya bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho menjadi jurulatih kelab itu musim depan, Cole dianggap calon ter- baik.

Cole, 29, juga dilapor akan menerima gaji hampir £150,000 (RM787,723) seminggu jika dia berhijrah ke Santiago Bernabeu.

Hubungan di antara Chelsea dan Cole dilapor sudah mula retak apabila pemilik kelab, Roman Abramovich mendenda Cole apabila mengetahui dia membawa masuk perempuan ke bilik hotel penginapan skuad The Blues.

Disebabkan kesalahan itu juga, Cole turut dikenakan potongan gaji selama dua minggu atas alasan dia telah menjejaskan imej kelab.

Pihak pengurusan Chelsea juga kecewa dengan sikap liar Cole walaupun pengurus The Blues, Carlo Ancelotti berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan pemain yang dianggapnya sebagai pertahanan kiri terbaik dunia itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...