Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, February 15, 2010

Chelsea tidak hilang fokus (Utusan Malaysia)


Pemain Chelsea, Michael Ballack (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Cardiff City pada perlawanan Piala FA di Stamford Bridge, London, kelmarin. - AP


LONDON - Penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins memuji sikap profesional pemainnya apabila mengetepikan gangguan luar padang untuk mara ke suku akhir Piala FA selepas membenam Cardiff 4-1, kelmarin.

Ketua pasukan Blues, John Terry tidak beraksi pada perlawanan di Stamford Bridge, kerana ke Dubai untuk bertemu isterinya.

Terry diberi pelepasan untuk tidak bermain pada perlawanan tersebut, bagi menyelesaikan masalah peribadi dengan isteri, selepas skandal seksnya bersama bekas teman wanita, Wayne Bridge didedahkan.

Selain Terry, khidmat Ashley Cole tidak dapat digunakan, selepas pemain pertahanan kiri Chelsea itu mengalami kecederaan.

Kehidupan peribadi Cole juga menjadi tajuk utama akhbar, apabila kiriman gambar menerusi khidmat pesanan ringkas daripada telefonnya kepada model glamor itu, menjadi perhatian.

Ketika isu tersebut dilihat mungkin menjadi masalah kepada Chelsea, ia berjaya disangkal dengan baik oleh kelab ternama England itu.

Blues memberi petanda bahawa semua isu itu tidak akan menghalang mereka daripada memburu Piala FA.

Malah, kelab dari London itu menunjukkan kebangkitan selepas ditewaskan Everton, pertengahan minggu lalu.

Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti membuktikan mereka sudah bersedia untuk menduduki tangga teratas Liga Perdana England dan menyambung tugas pada kempen Liga Juara-Juara, dengan menentang Inter Milan.

Inter kini dibimbing oleh bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

Pada pertemuan kelmarin, Chelsea dilihat begitu kuat untuk Cardiff.

Malah, jaringan Didier Drogba, Michael Ballack, Daniel Sturridge dan Salomon Kalou, mengesahkan kemenangan Blues di pusingan kelima.

"Kemenangan tersebut bukan kerana pasukan ini mempunyai kelas tersendiri, tetapi ia lebih kepada sikap profesional.

"Sesetengah orang mungkin berpendapat perlawanan seumpama ini akan berlangsung dengan begitu mudah.

"Namun, begitu ia menjadi sebaliknya kepada pemain apabila mereka dikerah bekerja keras, bagi memastikan pasukan ini melangkah ke pusingan seterusnya.

"Malah, saya juga menurunkan Frank Lampard pada perlawanan tersebut. Kami mempunyai sebuah skuad yang menarik bagi membantu hasrat kelab untuk melakar kemenangan pada setiap perlawanan.

"Kami mempunyai cabaran besar pada pertemuan seterusnya apabila bertemu Inter Milan (Liga Juara-Juara). Ia satu perlawanan penting.

"Selain itu, kami juga mengetahui kelab ini akan berdepan beberapa perlawanan yang sangat mencabar selepas ini," kata Wilkins. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...