Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 16, 2010

Chelsea tenang menanti lawan (Kosmo)

LONDON - Juara bertahan, Chelsea bakal berdepan sama ada Manchester City atau Stoke City pada perlawanan suku akhir Piala FA selepas undian dibuat awal pagi semalam.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti yang berjaya menewaskan Cardiff 4-1 pada aksi pusingan kelima Sabtu lalu perlu menanti keputusan perlawanan ulangan antara City dan Stoke minggu depan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Andai City yang dibimbing Roberto Mancini berjaya mara, ia bakal menyaksikan pertembungan 'panas' antara kapten Chelsea, John Terry dan pemain pertahanan City, Wayne Bridge.

Kini Terry sedang berdepan pendedahan skandal seksnya bersama bekas teman wanita Bridge yang telah pun mengakibatkan tugasnya selaku kapten England dilucutkan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Crystal Palace atau Aston Villa yang terikat 2-2 awal pagi semalam akan berdepan sama ada Reading atau West Brom pada aksi suku akhir.

Bolton atau Tottenham yang turut seri 1-1 awal pagi semalam diundi akan bertemu Fulham manakala pasukan di tangga tercorot Liga Perdana England, Portsmouth akan bertemu Birmingham pada satu lagi aksi suku akhir. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...