Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 17, 2010

Chelsea sukarkan saya: Petr (Berita Harian)


PETR bersama kapten, John Terry.

LONDON: Petr Cech beranggapan kejayaan yang dicapai Chelsea menjadikannya sukar untuk menampilkan aksi terbaik.

Warga Republik Czech itu dikritik awal musim ini dengan The Blues kelihatan goyah berdepan dengan bola mati.

Tetapi dia merasakan permainannya merosot kerana jarang melihat bola dalam perlawanan.

Dia berkata: “Kadang kala ia adalah sukar, kerana anda melalui tempoh 10 atau 15 minit tanpa menyentuh bola. Kemudian sesuatu yang berlaku dan anda perlu berada di sana.

“Ia adalah sukar secara mental. Kadang kala anda berdepan hanya satu percubaan dan ia adalah gol.

“Ramai penjaga gol hebat daripada kelompok pertengahan datang ke kelab besar dan ia tidak menjadi buat mereka.

“Mereka belum dapat menyesuaikan diri pada kenyataan bahawa anda hanya mempunyai satu, dua atau mungkin tiga perkara perlu dilakukan dalam satu perlawanan dan anda perlu melakukannya dengan tepat.” - Agensi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...