Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 11, 2010

Chelsea pancing Alves RM165j (Berita Harian)

LONDON: Chelsea - barisan dilanda kontroversi - kini mahu membeli pemain tonggak Barcelona dari Brazil, Dani Alves dengan harga £30 juta (RM165 juta) musim panas ini.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti difahamkan cenderung memikat bek kanan yang dilabel terbaik dunia ketika ini dan menyuarakan tiada masalah untuk membayar tuntutan gaji £100,000 (RM550,000) setiap minggu.

Namun, The Blues mungkin berdepan cabaran daripada Manchester City - kelab mewah yang mampu berbelanja besar andai Alves bersetuju meninggalkan Nou Camp.

Ketika Barcelona difahamkan sibuk dalam misi mengejar pemain Arsenal, Cesc Fabregas, Chelsea pula tampak mahu mengambil kesempatan daripada situasi itu untuk mendapatkan pemain yang diramal menggegar di Piala Dunia di Afrika Selatan, Jun ini.


Walaupun Alves kini tidak beraksi selama tiga minggu, tapi dia sudah membuat 25 kemunculan musim ini dengan menyumbang tiga gol dan membantu lapan jaringan pasukan.

Pemain itu dikatakan gembira bersama kelab gergasi Sepanyol itu tetapi ketika kontraknya tamat pada 2012, pengurusan kelab mungkin mahu menjual ketika dia masih ada nilai besar dalam pasaran. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...