Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 10, 2010

'Chelsea mampu kekal di puncak'


DROGBA akan mengetuai jentera serangan Chelsea awal pagi esok.


LONDON - Didier Drogba percaya Chelsea akan terus kekal selaku pendahulu Liga Perdana England selepas pertemuan menentang Everton awal pagi esok.

Tatkala Chelsea dijadual berdepan Everton di Goodison Park, pencabar terdekat The Blues, Manchester United pula akan menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi esok.

Atas kertas, jika Chelsea seri di Goodison Park, sementara United meraih tiga mata penuh di Villa Park, ia bakal memusnahkan hajat The Blues untuk kekal selaku pendahulu.

"Tekanan pasti ada kerana ia adalah sebahagian daripada permainan ini.

"Disebabkan itu, kami sangat teruja menjelang perla- wanan penting (menentang Everton) seperti ini. Kami berjaya merampas kedudukan pendahulu liga daripada United dan pasti kelab itu akan terus memberi saingan kepada kami.

"Kami perlu mencatatkan kemenangan ke atas Everton jika mahu kekal sebagai pendahulu liga," jelas Drogba.

Ahad lalu, Drogba muncul wira Chelsea selepas meledak dua gol bagi membantu skuad The Blues menewaskan Arsenal 2-0 di Stamford Bridge.

Kemenangan tersebut membolehkan Chelsea merampas kembali kedudukan teratas liga daripada United dengan kelebihan dua mata.

Sehari sebelum kemenangan Chelsea ke atas Arsenal, United berjaya memimpin carta liga selepas membenam Portsmouth 5-0.

Sementara itu, pemain Everton, Leighton Baines menganggap kekalahan kepada Liverpool, Sabtu lalu boleh dijadikan motivasi kepada kelabnya untuk memburu kemenangan ke atas Chelsea.

"Kami akan menjadi lebih kuat jika beraksi di tempat sendiri.

"Dalam beberapa perlawanan ketika menentang Chelsea sebelum ini, kami telah bermain dengan baik sekali dan nyaris untuk menewaskan mereka.

"Jika kami dapat memperoleh sekurang-kurangnya satu mata, ia sudah boleh dikira bonus," kata Baines. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...