Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, February 19, 2010

Bisa tandukan Rooney, ledak dua gol MU (Utusan Malaysia)



Wayne Rooney (kanan) melonjak tinggi, melepasi pemain pertahanan AC Milan, ketika melakukan tandukan yang menghasilkan gol untuk Manchester United, pada Liga Juara-Juara di Stadium San Siro, Milan semalam. - AFP


MILAN - Alex Ferguson berterima kasih kepada pemain bintang pasukan itu, Wayne Rooney yang memastikan Manchester United bangkit dari ketinggalan untuk mengatasi AC Milan 3-2 pada perlawanan Liga Juara-Juara, semalam.

Tuah memihak kepada United, apabila menyamakan kedudukan 1-1, sebelum penyerang England itu menjaringkan dua gol menerusi tandukan pada babak kedua.

Ronaldinho memberikan gol pendahuluan Milan apabila melakukan voli selepas sepakan percuma David Beckham.

Paul Scholes menyamakan kedudukan buat United sebelum separuh masa pertama pada perlawanan pusingan pertama peringkat 16 pasukan.

Selepas rehat, Rooney berjaya memecah kebuntuan gol hasil tandukannya yang gagal dinafikan oleh penjaga gol Milan, Dida. Selepas, itu Ronaldinho melakukan hantaran kepada Clarence Seedorf untuk gol kedua Milan.

"Wayne Rooney meneruskan prestasi seperti yang dipamerkan sebelum ini, dia memang sangat hebat dan pemain lawan tidak dapat menyekatnya pada separuh masa kedua. Prestasinya sangat mantap malam ini," kata Sir Alex Ferguson.

Pada awal perlawanan, gawang United terselamat hasil aksi tangkas penjaga gol, Edwin van der Sar, sebelum barisan serangan United menemui rentak sebenar.

"Saya jangka kami bakal akan melepaskan beberapa gol malam ini. Ini kerana tempoh 20 minit awal, sangat sukar buat kami.

''Gol pertama lawan merupakan jaringan 'malang', kami melepaskan gol.

''Kami mengambil masa yang sangat lama untuk menyesuaikan keadaan, dan selepas mendapat rentak, kami bermain dengan baik.

"Saya rasa ia permulaan yang teruk buat kami dan penyokong memberikan sokongan terbaik selepas itu.

"Ia adalah tempoh yang sangat sukar buat kami dan berkemungkinan kami melepaskan tiga gol," kata Ferguson.

Milan mendahului pada minit ketiga, selepas Beckham melakukan sepakan percuma dan Ronaldinho melakukan voli yang terkena Carrick, lalu memperdayakan Van der Sar.

Empat minit kemudian, pemain Brazil itu hampir menambah jaringan selepas berganding baik dengan Alexandre Pato dan Klaas Jan Huntelaar, tetapi van Der Sar berjaya menyelamatkan keadaan.

Bahagian pertahanan dan tengah United mengekalkan penguasaan bola dan pada minit ke-34, walaupun Massimo Ambrosini melakukan hantaran kepada Huntelaar tetapi pemain rembatan pemain Belanda itu tersasar.

Dua minit kemudian, Scholes berjaya menyamakan kedudukan.

Ia bermula apabila sepakan pertamanya tidak menemui sasaran hasil hantaran lintang Darren Fletcher.

Pemain tengah itu cuba menyepak dengan kaki kanan tetapi terkena kaki kirinya dan insiden pelik itu mengejutkan penjaga gol, Dida.

"Pada separuh masa pertama kami beraksi baik tetapi kami tidak dapat apa yang kami mahukan.

"Lawan hanya mampu melakukan serangan dan menjaringkan gol dalam tempoh 15 minit, ketika mereka menjaringkan dua gol," kata jurulatih Milan, Leonardo - AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...