Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 4, 2010

Barca masih ‘tekan’ Arsenal (KOSMO)





LONDON – Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona terus memberi tekanan kepada Arsenal.

Terbaru, kelab Catalan itu dilaporkan bersedia membelanjakan £40 juta (RM218.65 juta) bagi mendapatkan khidmat kapten Arsenal, Cesc Febregas (gambar).

Presiden Barcelona, Alfons Godall berkata, perancang Arsenal itu akan menamatkan kariernya di Nou Camp.

“Cepat atau lambat, Febregas akan kembali semula ke sini (Barcelona).

“Kami adalah sebuah kelab yang berupaya mendapatkan mana-mana pemain pada bila-bila masa,” jelas Godall.

Sebelum ini, juara Eropah itu tidak menyembunyikan hasrat mereka untuk kembali mendapatkan khidmat Febregas yang meninggalkan kelab tersebut sejak berusia 16 tahun.

Selain Barcelona, satu lagi kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Fabregas. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena