Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 17, 2010

Arsenal lebih waspada (Berita Harian)


SAMIR Nasri jadi taruhan selepas ramai bintang utama Arsenal cedera.

'Estadio do Dragao' cetus masalah buat The Gunners

PORTO (Portugal): Arsene Wenger tampil menyuarakan betapa Arsenal akan menggabungkan aspek berwaspada di samping cuba menimba pengalaman apabila mereka berkunjung ke Portugal menentang bekas juara, FC Porto untuk perlawanan pertama aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah, hari ini.

The Gunners kembali menemui rentak kemenangan dalam saingan liga domestik apabila menang 1-0 ke atas Liverpool pada perlawanan terakhir mereka selepas semangat mereka direntap akibat kekalahan berturut-turut kepada pencabar kejuaraan, Manchester United dan Chelsea.

Apa yang perit, Arsenal tidak pernah menang dalam dua kunjungan mereka ke Estadio do Dragao dan Wenger percaya pasukannya mesti menghadapi perlawanan itu dengan lebih berwaspada.

“Sekurang-kurangnya kami tidak tewas dan terkeluar daripada saingan,” kata jurulatih Arsenal itu. “Seri tanpa jaringan pun ok, tetapi kami bukan sebuah pasukan yang penakut - kami mahu bermain. Bagaimanapun kami mahu memastikan pertahanan kami benar-benar ok.”

Akan tetapi, perjuangan pasukan dari London itu seakan dirobek oleh masalah kecederaan dialami oleh pemain utamanya.

Pemain antarabangsa Belanda, Robin van Persie sudah pasti tidak dapat bermain sehingga ke akhir musim akibat kecederaan buku lali dan perancang utama dari Russia, Andrey Arshavin pula pasti tidak dapat ke Porto kerana masalah hamstring.

Nasib pemain bek tengah, Alex Song pula belum pasti selepas mengalami kecederaan otot lutut tetapi penyerang dari Croatia, Eduardo dan pemain tengah Perancis, Samir Nasri yang masing-masing mengalami hamstring dan kecederaan kepala, dijangka sudah cukup cergas untuk kembali beraksi. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...