Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 23, 2010

Wang Lin buah hati terbaru Chong Wei (Berita Harian)

MUNGKIN inikah dia 'buah hati' terbaru jaguh badminton negara, Lee Chong Wei?

Pemain muda China, Wang Lin - pilihan kedua pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia ketika ini - dikaitkan sebagai teman terbaru yang rapat dengan Chong Wei.

Chong Wei sebelumnya menjalin hubungan dengan pemain wanita utama negara, Wong Mew Choo, untuk tempoh agak lama sebelum semuanya berakhir pada pertengahan tahun lalu.

Berita perpisahan itu disahkan sendiri Mew Choo yang bagaimanapun mengakui betapa kedua-duanya masih bersahabat baik sehingga kini.

Ketika Chong Wei menjalani latihan selama dua minggu di Korea Selatan - sebagai persiapan terakhir menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di Hyderabad, Ogos lalu - Chong Wei ada dikaitkan dengan pemain negara itu, Hwang Hye-youn.

Diajukan persoalan mengenai identiti teman wanita terbarunya, beberapa hari lalu, Chong Wei sekadar ketawa tanpa mahu memberikan sebarang jawapan pasti. "Cubalah teka," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...