Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 21, 2010

Johor FC tak mampu halang warga kota (Kosmo)


PEMAIN Johor FC, Mohd. Nurul Azwan Roya (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur pada aksi di Stadium Jcorp kelmarin.


LAWAN dengan pasukan kedua tercorot dalam Liga Super pun boleh kalah.

Bagi penyokong Johor FC yang tidak turun ke Stadium JCorp, Pasir Gudang kelmarin, mungkin itulah antara perasaan negatif yang menghantui mereka.

Percaya atau tidak, skuad bimbingan Ramlan Rashid sebenarnya telah bermain mati-matian, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur hasil jaringan Yong Kuong Yong pada minit ke-18.

Seandainya beberapa percubaan bahaya seperti rembatan Khairi Kiman yang terkena tiang pada minit akhir separuh masa pertama dan percubaan Khairul Ismail yang sedikit sipi pada masa kecederaan berjaya diterjemahkan menjadi gol yang indah, Sang Lebah pastinya tidak berputih mata sekali gus menyaksikan rekod tanpa kalah mereka lebur pada musim ini.

Mengakui terkilan dengan keputusan tersebut, jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid bagaimanapun mahu segera melupakan episod duka dan menuntut anak buahnya kembali bangkit semasa menentang Kelantan di kubu lawan Sabtu ini.

Senario kedudukan liga katanya, juga tidak banyak berbeza apabila pencabar terdekat, Terengganu yang menduduki tangga kedua sekadar seri 1-1 dengan T-Team dan kini hanya satu mata di depan Johor FC yang mengumpul tujuh mata.

"Bola itu bulat. Main cantik pun boleh kalah dan saya akui ada di kalangan pemain kecewa dimalukan pasukan kedua tercorot seperti Kuala Lumpur.

"Apa yang penting, kita tidak akan menyerah dan kembali bangkit meskipun menyedari ujian getir berhadapan Kelantan di tempat mereka Sabtu ini," katanya kepada Kosmo!.

Menurut Ramlan, masih terlalu awal untuk membuat sebarang rombakan besar-besaran skuadnya ketika menentang Sang Kijang kelak, namun menuntut 'panglima-panglima' Lebah berjuang habis-habisan bagi memburu tiga mata berharga sekaligus cuba mengejar pendahulu liga, Selangor yang ketika ini selesa mendahului dengan 12 mata dan bakal menentang Terengganu Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...