Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 16, 2009

Malaysia gagal ke New Delhi (Kosmo Online)




SKUAD hoki negara gagal menempah tiket ke pusingan akhir Kejohanan Hoki Piala Dunia 2010 selepas tewas 1-2 kepada New Zealand pada perlawanan akhir pusingan kelayakan di Invercagill, New Zealand semalam.

Dengan kemenangan itu, New Zealand menempah tiket ke pusingan akhir di New Delhi, India pada 28 Februari hingga 13 Mac tahun depan.

Pada perlawanan tersebut, New Zealand ketinggalan 0-1 menerusi pukulan sudut penalti Razie Abd Rahim pada minit ke-18.

Bagaimanapun, Andy Hay- ward menjadi wira New Zealand apabila menjaringkan dua gol pantas menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-57 dan ke-60.

Penolong pengurus skuad hoki negara, M. Gobinathan berkata, nasib tidak menyebelahi pemain negara meskipun mendahului 1-0.

"Kami beraksi dengan cukup baik pada awal perlawanan, namun nasib tidak memihak kepada kami," katanya.

Katanya, meskipun pemain melakukan yang terbaik namun ia tidak cukup kerana pemain New Zealand lebih menyerlah.

"Pemain memberi yang terbaik dan secara peribadi, jurulatih Tai Beng Hai dan Nor Saiful Zaini telah bekerja keras untuk mengembalikan kegemilangan hoki negara.


PASUKAN Malaysia tewas 1-2 kepada New Zealand pada pusingan kelayakan semalam.


"Saya akan mencadangkan dalam laporan saya, yang kedua- dua jurulatih ini dikekalkan membimbing skuad negara," kata Gobinathan.

Menurutnya, masa depan juru- latih Beng Hai bergantung kepada prestasi skuad hoki negara yang beraksi di Invercargill ini.

Pada pusingan kelayakan ini, Malaysia yang menghuni ranking ke-16 dunia, menduduki tangga kedua keseluruhan dengan 10 mata di belakang New Zealand (15 mata) manakala China ketiga dengan sembilan mata.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena