Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 5, 2009

Indra cukup bernilai (kosmo Online)



TIMBALAN Presiden FAM, Khairy Jamaluddin (empat dari kiri) dan Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad (empat dari kanan) bergambar bersama pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2009 di Petaling Jaya semalam.


AYAM tambatan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin diumumkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

Lebih membanggakan apabila Indra turut diumumkan sebagai Penyerang Terbaik.

Kejayaan itu pastinya memberi suntikan semangat buat Indra, 28, menjelang final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

"Satu penghargaan dapat memenangi anugerah ini dan ia secara tidak langsung memberi lonjakan semangat kepada saya menjelang final Sabtu ini," kata Indra yang pernah beraksi untuk Perak, Pahang dan Selangor sebelum berhijrah ke Kelantan musim ini.

Selaku penerima anugerah Pemain Paling Bernilai, Indra merangkul trofi serta hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Bagaimanapun, Indra diwakili pengurus Kelantan, Azman Ibrahim kerana dia masih menjalani latihan di Kota Bharu.


Indra Putra


Anugerah-anugerah lain pula menyaksikan Penjaga Gol Terbaik dimenangi Farizal Marlias dari Perlis, Pertahanan Terbaik dimenangi Aidil Zafuan Radzak (Negeri Sembilan), Pemain Tengah Terbaik dimenangi Amri Yahyah (Selangor) dan Pemain Harapan dimenangi Muslim Ahmad (Harimau Muda).

Baki empat lagi anugerah iaitu Jurulatih Terbaik dimenangi K. Devan (Selangor), Persatuan Bola Sepak Terbaik dimenangi Selangor, Kelab Terbaik dimenangi Johor FC dan Kelab Penyokong Terbaik dimenangi KL Plus.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, sistem pemilihan tahun ini menerusi panel pengadilan dilihat lebih realistik berbanding undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para peminat seperti dilakukan sebelum ini.

"Saya berpendapat sistem secara panel daripada wakil FAM, media dan 100PLUS ini lebih realistik. Anugerah seumpama ini dapat menyuntik semangat dan inspirasi para pemain tempatan untuk dipilih menjadi yang terbaik.

"Diharap anugerah ini dapat diadakan secara berterusan setiap tahun pada masa akan datang," kata Azzuddin.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena