Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, October 30, 2009

Wira Merah akan banjiri Kangar (Utusan Malaysia Online)


KOTA BHARU - Bagi memastikan skuad Kelantan tidak tertekan di tengah lautan sorakan penyokong lawan, para penyokong Kelantan akan berusaha memenuhi sebahagian besar ruang Stadium Utama Negeri, Kangar, Sabtu ini.

Sekurang-kurangnya 5,000 penyokong dari Kelantan dan negeri-negeri lain akan membanjiri stadium berkenaan bagi memberi semangat agar Singa Utara itu tidak berpeluang merampas tiket ke final Piala Malaysia.

Kelantan menyedari rebahnya Perlis yang berpengalaman sebagai juara, dalam separuh akhir pertama di Kota Bharu turut dipengaruhi oleh 'tekanan' suasana sokongan terhadap Kelantan.

Kemenangan 2-0 itu melonjakkan keghairahan para penyokong Kelantan dan bagi memastikan impian melakar sejarah 39 tahun beraksi dalam kejohanan berprestij negara itu tercapai, mereka akan berduyun-duyun ke Kangar.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Mohd Nor Yaakob menjangkakan, sekurang-kurang 50 buah bas disewa untuk membawa mereka dari Kelantan ke sana.

Setakat hari ini (semalam) para penyokong telah menempah 30 buah bas dan jumlah kemungkinan besar mencecah lebih 50 buah.

''Kita percaya para penyokong Kelantan di Lembah Kelang dan negeri-negeri lain akan turut berduyun-duyun ke Kangar dalam perlawanan yang dianggap getir itu.

''Jadikan tahun ini sebagai tahun terbaik bagi Kelantan," ujarnya.

''Sebanyak 5,000 tiket disediakan untuk kemudahan mereka yang boleh dibeli melalui wakil Kafa, Ariff Hassan yang akan memulakan tugas di Hotel Sri Garden berhadapan pejabat Mara Perlis pada hari perlawanan.

''Ariff boleh dihubungi melalui talian 0139188248. Jika kehabisan,. terpaksalah mereka menunggu di kaunter stadium," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...