Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 27, 2009

Red Warriors dapat suntikan semangat MB (Berita Harian Online)

Red Warriors dapat suntikan semangat MB

Oleh Wan Faizal Ismayatim
bhsukan@bharian.com.my

KESEBELASAN Kelantan yang akan beraksi buat kali pertama dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas sembilan tahun, mendapat suntikan moral apabila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengesahkan hadir memberikan sokongan dalam aksi menentang Perlis, malam ini.

Ia juga kali pertama Nik Abdul Aziz akan hadir ke Stadium Sultan Muhammed IV bagi menyaksikan aksi skuad Kelantan sejak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) diambil alih Presidennya, Tan Sri Annuar Musa.

"Saya ada berita gembira... saya dah beri pengakuan untuk hadir dalam perlawanan Kelantan menentang Perlis esok (malam ini). Saya harap Kelantan menang," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Skuad The Red Warriors yang dalam buruan menempah tempat ke perlawanan akhir piala paling berprestij itu buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun, menanti kunjungan naib juara Liga Super, Perlis di Stadium Sultan Muhammed IV, malam ini, sebelum pertentangan kedua di Kangar, Sabtu ini.

Kelantan yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan sebelum ini menumbangkan KL Plus di suku akhir dengan agregat 4-1 manakala Perlis menumpaskan cabaran sebuah lagi pasukan kelab, Johor FC juga dengan agregat 4-1.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...