Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, October 30, 2009

Pedro selamatkan Barca




MADRID - Pedro Rodriguez (gambar) menjaringkan dua gol untuk membantu Barcelona menewaskan kelab divisyen tiga, Cultural Leonesa 2-0 pada pusingan kelima Piala Raja Sepanyol kelmarin.

Kemenangan yang dilakar Barca itu hanya sehari selepas seteru utama mereka, Real Madrid dikejutkan dengan kekalahan 0-4 kepada kelab dari divisyen yang sama, Alcor- con.

Pada aksi kelmarin, Bojan Krkic membuka peluang buat Pedro meledakkan gol pembukaan selepas 41 minit permai- nan dan satu lagi hantaran daripada pemain remaja Barca, Jeffren, menghadiahkan Pedro gol keduanya pada babak kedua.

Pertemuan kedua akan diadakan di Nou Camp dua minggu lagi.

Sementara itu, tiga pasukan dari Divisyen Dua berjaya mencuri kelebihan ke atas pasukan Liga Sepanyol pada aksi pertama ini.

Rayo Vallecano menewaskan finalis musim lepas, Athletic Bilbao 2-0 menerusi gol awal daripada bekas perancang Bil- bao, Nestor Susaeta dan penyerang veteran, Sergio Pachon.

Hercules pula bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas Almeria dan Celta Vigo pula berjaya mene- waskan Tenerife dengan jaringan yang sama. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...