Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, October 26, 2009

McLaren tak pandang nama (Kosmo Online)



RAIKKONEN antara nama besar yang dikaitkan dengan McLaren.


LONDON - Ketua Bahagian Sukan Pemotoran Mercedes, Norbert Haug menegaskan, pasukan McLaren tidak akan memilih pemandu atas dasar nama.

Sejak beberapa minggu lepas, timbul khabar angin pemandu bahawa Finland yang juga juara dunia 2007, Kimi Raikkonen akan menyertai pasukan McLaren tahun hadapan bagi menggantikan Heikki Kovalainen.

Selain Raikkonen, Nico Rosberg dan Jenson Button juga merupakan dua pemandu ternama yang turut dikaitkan dengan McLaren.

Begitupun, sama seperti Toyota, McLaren juga berdepan masalah untuk mendapatkan khidmat Raikkonen apabila pemandu Ferrari itu meletakkan harga yang terlalu tinggi.

"Kimi merupakan salah satu pilihan tetapi masih terdapat beberapa pemandu lain yang terdapat dalam senarai kami," kata Haug.

"Satu yang pasti, pemandu yang hanya memikirkan mengenai duit semata-mata memang tidak sesuai dengan kami tidak kira siapa dia.

"Kami inginkan komitmen penuh daripada pemandu dan sudah tentu dia merupakan pemandu yang inginkan kejayaan.

"Kami tidak ingin pemandu yang hanya berharap pada nama dan hanya ingin menyertai kami jika kami mampu untuk menyediakan gaji yang lumayan untuknya.

"Kami harus yakin bahawa pemandu pilihan kami sangat bermotivasi, fokus dan inginkan kejayaan sebelum memikirkan mengenai habuan yang lumayan." - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...