Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, October 29, 2009

Laluan mudah Fairuz-Zakry (Berita Harian Online)




Fairuzizuan Tazari

Kien Keat- Pei Tty turut mara dalam aksi beregu campuran

KECEWA minggu lalu mahu cepat diubati gandingan Fairuzizuan Tazari - Mohd Zakry Latif yang melakar kemenangan mudah pada pusingan pertama, badminton Siri Super Terbuka Perancis di Stadium Pierre de Coubertin, Paris, semalam.

Turut mengejar misi sama ialah Hafiz Hashim yang mengekang tentangan sengit pemain veteran Hong Kong, Ng Wei untuk akhirnya menang 21-18, 21-17 dalam masa 36 minit.


Fairuzizuan-Zakry - pilihan kelima yang kalah di pusingan kedua Terbuka Denmark, minggu lalu - mempamer aksi mantap ketika membenam kombinasi Yonathan Sutyatama Dasuki-Rian Sukmawan 21-17, 21-16 dalam masa 24 minit.

Turut layak ialah beregu campuran negara, Koo Kien Keat-Wong Pei Tty yang menghasilkan corak aksi berkesan ketika mudah mengatasi lawan dari England, Nathan Robertson-Jenny Wallwork, 21-11, 21-11.

Satu lagi wakil negara yang turut ke pusingan kedua ialah pasangan Pei Tty-Chin Eei Hui - pilihan utama acara beregu wanita - yang mendapat bye pusingan awal.

Namun, cabaran pemain perseorangan veteran negara, Wong Choong Hann tidak panjang apabila dia tunduk kepada pemain Hong Kong, Hu Yun selepas bersaing sengit 19-21, 17-21 dalam masa 39 minit.

Juara dunia yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Lin Dan, langsung tidak menampakkan kemerosotan biarpun hanya beraksi kali pertama selepas Kejohanan Dunia di Hyderabad, tiga bulan lalu apabila menang 21-13, 21-9 ke atas pemain India, Anup Sridhar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...