Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, October 28, 2009

Kijang di ambang final (Harian Metro Online)


Oleh Alias Abd Rani, Siti Fatimah Hassan, Hamid Salleh dan Mohd Amin Jalil

sukan@hmetro.com.my

MALANG buat ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyuddin ketika hasratnya untuk membantu Kelantan mara ke final Piala Malaysia, terpaksa dilupakan seketika selepas digantung satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning.

Selepas mencetuskan suasana gamat di Stadium Sultan Mohamad IV apabila menyumbat gol pertama Kelantan menerusi sepakan penalti, Indra Putra terpaksa menjadi salah seorang daripada ribuan penyokong apabila separuh akhir kedua beralih ke Stadium Utama Negeri, Kangar, Sabtu ini.

Menyedari, ketiadaan Indra Putra, jurulatih, B Sathianathan pantas meramalkan akan berlaku sedikit rombakan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan bekas penyerang Selangor itu.

“Saya mungkin terpaksa membuat rombakan pada perlawanan kedua nanti. Saya tiada pilihan lain memandangkan jarak antara kedua-dua perlawanan (separuh akhir pertama dan kedua) terlalu singkat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai persembahan anak buahnya sepanjang tempoh 90 minit, Sathianathan berkata, beliau berpuas hati selepas menghasilkan dua gol tapi pada masa sama, enggan mengakui skuadnya sudah boleh memikirkan perlawanan akhir pada 7 November ini.

“Tak boleh. Saya tak boleh katakan Kelantan sudah ke final. Janganlah kerana kelebihan dua gol, kami sudah boleh dikatakan ke final.

“Kita kena tunggu perlawanan di Kangar, dulu. Saya sudah membayangkan macam mana suasana nanti dengan Perlis pasti turun habis-habisan, sedangkan ketika itu kami pula ketiadaan Indra,” katanya.

Kelantan terkenal dengan jolokan The Red Warriors sudah boleh dianggap sebelah kaki berada di final selepas menewaskan Perlis 2-0, malam tadi.

Indra Putra menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-21 selepas dia dijatuhkan Chan Wing Hong manakala gol kedua hadir pada minit terakhir perlawanan melalui tandukan Mohd Rizal Fahmi Rosid hasil sepakan sudut lencong Mohd Farisham Ismail.

Perlis hampir membolosi gawang Kelantan yang dikemudi, Mohd Halim Napi seawal minit ke-5 melalui Ahmad Fakri Saraani.

Pada minit ke-10, Mohd Nizaruddin Yusof pula gagal memanfaatkan peluang menerusi sepakan derasnya sedikit melewati palang gol.

Kelantan bagaimanapun mula garang dengan membuat serangan balas yang akhirnya membuahkan hasil apabila Indra dijatuhkan di dalam petak penalti oleh Wing Hong.

Selepas itu, dengan sorakan 25,000 penyokong fanatik mereka, skuad Kijang tidak menoleh ke belakang dan terus mengasak kubu lawan dan ketika pertemuan itu bagaikan memihak kepada Kelantan dengan kelebihan satu gol, Rizal membuatkan tugas Perlis semakin sukar pada minit terakhir perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena